Jumaat, 11 Januari 2013

 
Petua tradisional berguna x.ye mmg sgt berguna sekalian.

Anak Teruna ku adib sejak mggu lepas cirit-birit, susu pun x minum sgt,ketawa pun x nak sgt, sbb sakit cirit-birit. Kesian sgt, baru je 4 bulan da sakit macam tu. pergi ke klinik mesra di pertam berjumpa doctor hazanath.mmg doctor terkenal dengan Ubat yang beRkesan, cume sygnye bukan klinik panel TM, so kene la bayar dulu. Doktor kate adib dalam proses nak membesar,nak tumbuhh gigi, tu yg macam2 sakit dtg. Doktor says, kene tukar susu, sebelum ni bg adib Enfalac A+, bila cirit birit doktor suruh tukar susu yang ada tanda LF, so doktor siap tulis ,nama susu iaitu similac LF khas utk kembung dan cirit birit..tp sblm adib try, Maknye try susu ni dulu..dan rsnye mak aiiiii manisnyee.

Yang bekas kecik tu RM25.00
 
 Alhamdulillah bagi makan ubat cirit-birit, dan bagi susu ni baik cirit birit dia..So lebih susu tu simpan la, Doktor kate kalau kene kembung dan cirit-birit balik,terus tukar susu ni..mintak2 x kene lagi la..kesian adib..
 
Selesai sakit cirit birit, dia kene selsema dan batuk kahak pulak,,Ya Allah tuhan je tau macam mn ibu ni risau, tgkkan susah adib nak bernafas, sampai rs nak nangis tgk anak, pegi lagi klinik Mesra, doktor bagi ubat batuk, kahak, antibiotik x recommended sbb baby bahaya. Tp sbnrnye ubat batuk pun x bole bagi kl tgk internet la,,da doktor kate ok,bg la mengenangkan kesian dia batuk kuat sangat..ubat selsema doktor x bagi..tp dalam stok ade lagi sbb mase pegi bulan 12, kami ke klinik Wahidah, doktor wahidah bagi, jadi bagi la adib ubat selsema jugak.. hingus dia kl lambat lap je sampai ke bibir..huhuhu....
 
da 2 hari pun x baik sgt, jadi search la kat internet, mcm nk pulihkan baby batuk dan selsema ikut tradisional...tp ye la kan, kita ni ikhtiar, yang lain keje Allah swt. tgk kat internet katenye..
 
1. Kunyit hidup
 
Kunyit hidup ni kita kene asah kat tempat yang kasar contoh lesung batu, dan airnya kita letak di batang hidung anak.
 
 
 
2. Daun sireh
 
Ambil beberapa daun sireh, ambil kapur campurkan, dapatkan air dari kedua2 bahan ni, kemudian letak kat dada baby..
 
 

 
 
3. Daun ketumbit
 
Asalnya aku cari kat internet xde pulak carian daun ketumbit ni bole baikkan batuk dan selesama. tp masa aku kol nenek kat kampung untuk dapatkan daun sireh dan kapur, nenek kate daun ketumbit bole baikkan batuk, sama juga caranya, daun ketumbit dan kapur dilumurkan sekali sampai keluar air, kemudia letak air sebatian tu ke dada baby.daun ni tumbuh melat tapi x pulak jumpa..

Alhamdulillah da cube ketiga2 cara ni, kurang jugak...tp dari masa ke semasa kene pantau jugak anak kita ni....tp yg penting ikhtiar demi anak tersayang

Ya Allah sembuhkanlah anakku dari segala penyakit.
Selamat Mencuba..
 
 

 
 
 
 
 
 

Jumaat, 28 Disember 2012

kembali tulis blog setelah sekian lama..kemana saya??

Lama sungguh x menulis blog. sejak sarat mengandung...iaitu raya Aug 2012

sampai la da beranak.deliver anak pertama...Muhammad Adib Zahrin B. Abdu Haziz
Alhamdulillah Ya Allah. Kurniaan yang tidak terhingga.Walaupun kulit saya hitam manis macam ibu tetapi saya sgt sweet..hehe.tambahan pulak kaki saya ketak2 dan mempunyai bisep yang sexy..


Kembali la saya nak share dalam blog sendiri, pengalaman mendapat anak pertama.Baru la tau pengorbanan seorang ibu.
Sebenarnya pengorbanan ibu ni dari mengandung,masa nak menunggu nak deliver , dari berpantang, first 6 months old baby sampai la da besar memang la sangat tidak terhingga. Masa pregnant dulu, pening2, susah nak tido, sakit badan, sakit kaki semua sakit. Jadi suami2 tu faham2 la ye..manje2kan la isteri tu..:)..nak menunggu deliver pulak..aduh la hai..kene part aku,,2 hari bleeding, org kate kembar darah. da bleeding 2 hari sakit x terkata seetiap 2-5 minit,da masuk ubat pun x buka jalan....haaa operate la jadinya..tp kl tau awal2 kene operate bole pilih tarikh yang cun..hehe.tp 22 Aug 2012 pun da kire rahmat bile semuanya selamat. Time berpantang.emmm perut sakit, anak pun kerap bangun dan mengangis..mmg org kate time berpantang anak selalu menangis..nasib baik cuti 2 bulan,  tp kl swasta dapat 3 bulan macam kerajaan lagi bestkan..tp mmg mencabar la nak jaga anak masa berpantang, nasib baik ada husband, mak, dan ayah bole tolong jaga dan support dari segi moral dan segalanya :)hehe.sekarang ni Adib da masuk 4 bulan..Alhamdulillah sihat semuanya.
Terima Kasih Allah beriku rezeki untuk mendapat anak. Terima Kasih juga aku lahir dari perut ibuku yang sampai 27 tahun sekarang ni masih lagi menjaga aku seperti anak kecil.much love..
 
Masa Adib keluar dari perut dulu berat dia 3.45 kg. nak tau ape dia makan masa dalam perut mostly ibu dia ni selera bukan main lagiiii. siap ais blended bagai...
 

next entry saya post lebih banyak gambar Adib..bestnye da bole kembali menulis ..
 
 
 
 
 

Selasa, 31 Januari 2012

Free Sample Dumil Dumex..:)

Salam,
Pernah x korang apply untuk dapat free sample apa2 produk yang korang teringin.Kl aku. ye per nah da 2 kali da..hehe.nak free aje..bukan tp sebab nk try sesuai x. Contohnya aku pernah mintak free sample dari Libresse..tggu jugak dan hampir terlupe. then sampai la kotak libresse, ingtkan sikit, rupenya byk jgk sample dia bg..sgt selesa...sampai hari ni eden pakai,tp kadang2 susah jgk nk dpt, mcm kat Guardian kdg2 pegi xde,jadi beli je ape yg ade.TQ Libresse..:)
~~~
Kemudian baru-baru ni Alhamdulillah ade rezeki disahkan mengandung.Terima Kasih Allah S.W.T.aku pergi la melawat laman web susu2 ibu.terjumpe susu baru Dumex Dumil Mama, kemudian,sepantas kilat nk mintak free sample kan.nak rasa susu baru..
Yeay dalam masa seminggu da dpt sample sukenye.....lepas tu rs,eemmm mcm rs vanilla,rasa dia light2 sikit,sedap juge.kebetulan outstation kat JB.nasib ade sample susu ni, malam tu minum susu, esok segar sekali masa meeting.
~~~
Tapi tapi tapi..bagusnye Dumex ni..bukan je dapat free sample susu tp aku dapat cuddly bunny kat bawah ni..comel sekali. dapat je bunny ni seronoknya...rs macam ade org menghargai ibu mengandung.TQ DUMEX
~~~
Ape yang perlu dibuat anda buat iaitu register je sebagai member. Benefit register ni bukan je dpt free sample cute bunny ni, malah sesuai kpd ibu2 mengandung untuk dapat seberapa byk info dari advisor dumex dan ade forum utk kaum sesama ibu chat utk dapatkan cerita2 menarik dan pengalaman lain.
~~~
Jadi korang bolehlah surf mane2 web kalau ade free sample bole request, x rugi malah menguntungkan dan kita bole tau ape produk yg terbaik sebelum beli..uuuuuuuu bestnye free sample......
~~~Mungkin tafsiran orang lain''''eiii dia ni nk barang free je''''.xpe biarkan,,,katalah pada mereka'''eden pengguna bijak''''.hehe

Selasa, 17 Januari 2012

Jawabla secara tertib dan sopan~~

Salam :)
Hari ni nak cerita mengenai, husband yg nak sambung study.
~~
Call untuk enquire
~~
Panggilan pertama: Staff Lelaki jawab
~~
Salam, cik bagaimana prosedur jika saya nk apply course ni,layak x nk apply dan sebagainya
~~
Staff lelaki berjaya menjawab dengan sopan dan dapat memberikan maklumat terperinci
~~
Aku menjawab..oo macam tu.ok Terima Kasih Encik.
~~
Panggilan kedua: Staff wanita angkat
~~
Salam cik, tadi saya ada call, ada staff lelaki yang jawab,lantas dia cakap 'xpe berkenaan ape cik',aku cerita kan semula, dan jawapan yg aku terima dari beliau dgn nada yg berlagak dan seperti x nak jawab soalan dan nk cepat2 putuskan talian.Ok fine, kau keje Kat universiti mgkn jadi guru tadika pun kanak2 xkan hormat kau ye cik.
~~
Panggilan ketiga: Dibuat kerana kurang faham perkara no 5 di bawah:-
~~
However, please take note
that we only process your application upon receipt of the
following:
1. Bla bla bla sampai no 5.
5. Research proposal for Master of Science and Doctor of
Philosophy (by research)
~~
Nak kene anta research proposal ke? Master?tp nak apply Bachelor Deg
~~
Panggilan ketiga ini:Lelaki angkat
~~
Salam cik then aku cerita serba sedikit dengan nada ingin tahu dan ceria, 'cik yang research proposal tu nk kene anta ke x pasti la boleh terangkan'dia jawab'suami cik nak ambik ape'aku jawab 'Bachelor IT 'dia jawab'Da tu kl macam tu x payah antar sebab yang tu nk amik Master'.
~~
Woo woo..mgkn org lain x terasa tp untuk hati yg lembut ni terasa le encik..
budi bahasa budaya kita, cakap la dgn ceria dan senang hati.bukannye sombong dan bangga diri.macam mane la korang keje badan pengajian kl korang sendiri budi bahasa kurang..lain kali tulis la
5. Research proposal needed for Master of Science and Doctor of Philosophy course (by research)
~~
X salah tulis requirement panjang2 nak bg orang paham.
~~
Memandangkan U ni dekat Melaka, jadi kite try la apply, xpe la nk belajar untuk diri sendiri dan menjadi better person bukan untuk orang lain,kepada yang keje kat U ni tp sikap agak kurang, bole la apply belajar jugak ye..
~~
Orang Melayu-Bahasa Melayu-Cara Melayu-Lenggok Melayu-Adakah anda seperti itu?

Jumaat, 13 Januari 2012

Kasih ibu hingga ke Syurga~~

Kasih Ibu bawa ke Syurga.
~~
Suriah Binti Md. Yusoff
~~
Hari ni entry khas untuk ibu
tercinta,kl kat rumah saya panggil ibu saya,emak...kadang2 omak...ade tu
mother...kadang tu nk manje2 sikit panggil omak pi omak di balas ibu ku pada ku
, iccoh pi iccoh :)..
~~
Dalam dunia ni,apa yang paling
aku bersyukur adalah untuk dilahirkan sempurna dan amat dikasihi oleh ibuku yg
tersayang.
~~
Dari kecil hingga tgktn 5 aku duduk dgn nenek Nyonya belah ayah.sbb sekolah rendah hingga sekolah menengah dekat dengan umah nenek, sementara mak kerja dari pagi, kadang sampai malam sebab overtime technician TM,kadang2 aku ckp kat mak 'xpe adik tdo umah nenek,
mak x payah amik esok adik g sekolah sendiri'tp x kire pukul berapa pun mak
balik keje, mak mesti ambil.Pagi2 mak siapkan aku, gosok baju,tudung,carikan
scarf, carikan stokin, mak pun ngntok kadang tu stokin pun lain2 satu stokin
bola, satu stokin sekolah,yela aku sorang abg pulak nenek Kampung @Nenek Inson
yg jaga. tp aku jenis x kesah, sebat je pakai ape pun.Lepas tu dgn laju mak
anta pegi sekolah,bagi duit belanja, rm3.setiap hari.rm3x25 hari=RM75.
Point 1 Kasih Ibu 24 jam
~~
Masa kecik semua budak suke pegi jalan kan...
Dulu kami xde kereta,kl along aku nk main game,mak aku bawakan jugak tiap2 kali dia nak pegi main game setiap sabtu ahad,xde kenderaan, mula2 kitorg naik bas smp bas station, kemudian
kitorg naik beca,RM5.3 orang.Pegi Greatwall.skrg da x popular da Greatwall,skrg
ni Dataran Pahlawan la, Mahkota Parade la Jusco la kan.Dalam mak overtime,ade
duit lebih satu hari tu Sabtu aku darjah 3, mak sewa kereta Iswara wane coklat
rm100 satu hari, bawa kami jalan2 ke Taman Rama-RAMA, Zoo dan macam2 tempat
lagi.
Point 2 Kasih Ibu untuk menggembirakan anak-anak x kira walau sesak mana
pun beliau
~~
Kasih x panjang antara Mak dan Ayah.tp aku sgt bersyukur,sebab kedua2
beri support yg terbaik.Kate org Kedah..A lah..hehe Alhamdulillah,support dari
segi kewangan, kasih sayang, cukup.Amin..kate mereka dulu, emm along mak jaga,
adik ayah jaga..kire adil..hehe tp x hati mereka ni sgt bersatu walau x
bersama,dua2 pun mak ayah jaga walau da berkeluarga lain.
Mak x pernah walau sesaat pun lupe anak2 dia walau ape cara atau dalam keadaan
sekalipun , anak2 adalah keutamaan beliau.
Point 3 Kasih Ibu tidak pernah
berubah dalam ape keadaan pun
~~
Tadika dulu aku x nak pegi sekolah sebab x nak tinggalkan botol
susu,sekali seumur hidup sampai sekarang 26 tahun,,sekali je mak marah aku sbb
x nak pegi sekolah.Menangis nangis menjerit-jerit sedih dan marah’mak x sayang’..Abis
university,naik pentas amik scroll ijazah rasa nak ajak mak sekali. X cukup la
rsnye nak ajak mak sekali,kl bole nak suruh mak yg bagikan scroll ijazah tu
gantikan Yang Berbahagia Datuk Amar Leo Moggie, tp x dpt la kan sebab sebelum kene halau dgn guard baik ikut protocol.hehe.Setiap yang mak cakapkan atau ape yg dia suruh, ade sebabnya semua bukan untuk keburukan tetapi semuanya untuk kebaikan.
Point 4 Kasih Ibu tiada dendam walau anak marahkannya.
~~
Apa saja untuk kalian. Walau mak x cukup makan pakai sekalipun,atau mak terpaksa
cuti atau lambat pegi keje sekalipun, atau mak terpakse jaga korang sakit dan
pergi berubat bila2 pun berubat ke mana pun, Nak makan ape sume mak beli, mak x
kesah. Beruntung dan sangat beruntung untuk ada mak, Alhamdulillah sampai ke
hari ini YaAllah lanjutkanlah usia ibuku kerana ape saje beliau sanggup demi
kebaikan, kesihatan, kebahagiaaan anak-anak. Kita merungut mak suruh buat ni,
mak suruh pegi sini, sana. Tapi Mak aku pernah merungut x?rasanya x pernah.Ya x
pernah..Langsung x pernah mak aku merungut kl minta tolong. Membandingkan diri
aku dan emak, dlm 26 tahun,belum suku, atau belum sikit pun aku dpt menandingi
hebatnya dan sabarnya mak. Pernah x aku merungut.Pernah.Sekarang?..pernah.Kalian...??Hari
ini bolehlah aku duduk dan fikir sejenak ape strategi yg boleh dilakukan untuk
menandingi hebatnya mak dalam isu merungut. Mungkin ayat yg hebat untuk aku adalah ‘Adik tolong mak ini’ aku mesti jawab’Baik’ Adik tolong bawak mak sini’ aku jawab ‘Baik’...InsyaAllah
Point 5 Kasih Ibu tiada rungutan demi anak-anak
~~
Mak..tiada ayat, tiada percakapan yang boleh menandingi hebatnya mak,
@
Point 1 Kasih Ibu 24 jam: Kalau kedai mamak buka 24jam,mak sedia 24jam
untuk anak2.
@
Point 2 Kasih Ibu untuk menggembirakan anak-anak x kira walau sesak mana
pun beliau: Mak nanti kl dapat bonus adik belanja mana je mak nak pegi, mak
cakap je.
@
Point 3 Kasih Ibu tidak pernah berubah dalam ape keadaan pun: Dan kasih
adik pada mak x kan berubah sekalipun walau telah berumah tangga. Lahir-Hidup-Belajar-Kahwin-Anak-
@
Point 4 Kasih Ibu tiada dendam walau anak marahkannya: Adik pun xde dendam kat mak,
yang ade sayang
@
Point 5 Kasih Ibu tiada rungutan demi anak-anak : Rungutan adik hari ini adalah si
kuncat suke tido kat sejadah dgn si sunina suke pancut dalam umah.kucing mak
dua ekor ni adik nak pegi anta kat kedai ikan bakar....hehe..Tiada rungutan mak
untuk ini..x kesah asalkan mak happy :)
@
Point 6 yang tiada kat atas: Kasih Ibu Hingga ke Syurga...Terima Kasih tidak
terhingga Suriah Binti Md. Yusoff. Love You...
emak :)
aku dan emak :)
@@@@@@@@@@@@Sayangilah Ibu anda@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Khamis, 22 Disember 2011

service kete adalah perit

Da tiba masa nk servis kete aku yg disayangi, da book Sabtu ni,xde pulak dgr ape2 promo yg tgh ade skrg,so x pe la nk buat macam mane kene servis jugak..then saje la pergi laman web, x sangka ade promotion,tukar minyak hitam dapat la gift, dan dapat cash voucher RM50 untuk first 50 customer dan free 20 points checklist dan promotion tu tarikhnya pada hari ni dari 9-11 pagi sahaja. Untuk 30% spare part tu rsnya promo smp habis krismas.Tapi cash voucher tu hanya boleh digunakan utk next servis.
#
~~~ Tips 1: Sebelum pergi servis kete,lawat la dulu website kete yang anda beli tu mane tau bole grab promo.Alhamdulillah rezeki aku kali ni.
so terpaksa la minta tolong ayahada antakan kete untuk servis sbb ari ni keje masuk 8.30 pagi,ayah masuk lambat sikit xpe kot kan yahh.'Yah tolong antakan kete adik'ayah kate'ok' aku cakap lagi,'yah nnti tghari adik amik,adik bayar sekali'ayah kate 'ok'.Hai ayah sume ok.kalau ayah sponsor bayar bole x..nk jugak tnye samada jawapannye sama ke iaitu 'ok'.tp x sampai hati bila tgk ayah segak pakai baju batik nk kate keje kerajaan x juge.mgkn ikut tema hari khamis pakai baju batik agaknye.hehe tq ayah.
Kete siap jam 2.25 ptg.tgk resit..makkkk ai..dalam hati'hai jgn kan kasut, nk beli tali kasut pun x mampu bulan ni'ayyo.tgk bawah sikit..adoiii,walaupun x faham sgt pasal kete,ditulis disitu, Half shaft bearing oil leaking,leaking pulak...kate tech. advisor tu, jgn risau, still under warranty,stok sampai 2 minggu lagi nanti bole dtg,,,aku tnye'xpe ke leaking ni saya bawak'dia kate'xpe bole,dia baru nk start leaking, lagi 2 minggu dtg kami tukar'. lega la kl ok.
#
~~~Tips 2: Satu bulan simpan at least rm200 untuk servis dan bawak la kete secara berhemah.langgar sana sini, bumper segala,mane x leaking..dan bersabar menunggu stok sampai
*
*
*
*
*Alhamdulillah kete ok, hati pun senang, purse je kempis,xpe janji bawak kete yang berada dalam keadaan baik jadi tidakla rasa ragu2,yg leaking tu dia kate ok.InsyaAllah ok..:)
Hati2 membawa kereta.Pesan saya,bawak kereta x bole ade dendam, contoh kl ade org potong terus masuk depan kita x bole la nk berdendam nk potong balik dan membahayakan diri sendiri dan keluarga.cuba bersabar dan rilek.kedua patuhi had laju,kl x bayarla maksimum rm300 untuk saman,ketiga,patuhi lampu isyarat,wlpn ade satu penyakit pemandu kereta zaman sekarang,iaitu kl traffic light da hijau bukan main lambat, bile da nak amber light baru nk laju, sampai kat aku,merah..emmm xpe jadi kite kene sabarrr.
~~~
peace yo.

Khamis, 15 Disember 2011

Bantuan Rakyat RM500...Ramainye oranggg

Salam Khamis:)
Semalam kakak satu opis minta teman pegi LHDN untuk hantar borang yang dapat bantuan RM500 sekali setahun tu.Aku pun ambil peluang untuk ambilkan borang untuk makcik2 yang kurang berpendapatan.
Borang permohonan bantuan RM500 rakyat malaysia ni bagi isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3 ribu. Kira kl suami isteri tu gaji kene campur dan ikut gaji pokok..gaji pokok ye bukan gaji bersih...kl ikut gaji bersih.eden pun nk apply.memandangkan potong byk dlm pay slip hehe. Permohonan borang Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2011 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan.Bole ambil borang ni kat mane2 jbtn kerajaan.atau print kat internet pun bole
Syarat
~~~~
Syarat Permohonan Bantuan RM500
1) Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu
-
2) Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
-
3) Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
-
4) Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan
-
5) Warga emas sebatang kara
-
6) Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon
Ok....sesampainya kami di LHDN.
Saya pun mengambillah 4 keping borang.
Ditanya guard di kaunter'nak amik borang' aku jawab 'ye'ditanya lagi..'borang ape?borang nikah ke?'dalam hati aku'aik abg guard jap lg siku sampai kat bahu anda nak ke'bergurau pule time orang ramai2 kat situ.hehe
situasinya kalau tgk kat bawah
mmg la tersangat ramai,bersesak2,sampai xde space,tp ade jugak tempat duduk kosong xnk pulak diorg duduk sambil menunggu aku yg muda ni la pegi duduk kat kerusi utk kurangkan sesak org berdiri.
Sorang2 dipanggil.nombor kakak kat opis aku yg aku temankan ni kitorg kene tggu lagi 150 org baru turn dia..sikit kan sikit sgt...hehe.ade jugak orang yg da penat2 tunggu permohonan kene reject.yela encik kl gaji da lebih 3k mmg x bole,tggu la gaji turun nnti.atau tggu syrat naikkan kepada rm5k ye.(saya pun tggu juge hehe).
Pakcik kat atas ni la yg tekankan nombor giliran pakai slideshow,ade sekali tu tibe2 fault,da cemas ,dia pakai pulak yg pembesar suara tu,klua pulak bunyi ambulan lagi la pakcik ni cemas.lepas tu da ok ade kakak staf lain tolong.xpe pakcik good job,lepas ni bole blajar java programming.hehe
ehem ehem kene pakai pakaian sopan yer.kl x pak aji jaga kaunter beri takirah nnti..nak dgr tazkirah ke nk dpt anta borang cepat?haaaa..dgn bawak pen lebih sebab pak aji kaunter x cukup pen sume org gune.
Ok...
Jadi sesiapa nk apply tu amik je kat internet ok,lepas tu bole submit...
sangat mudah,cume nk tggu giliran lagi 150 org agak perit di mata bisa di leher..tp cepat je org kat kaunter ni buat keje..
RM500 SETAHUN SIAPE X NAKKKKKKK????cepat la apply kepada sesiapa yg bole apply :)